Friday 30 May 2014

Salam Jumaat

Salam Jumaat. Salam takziah kepada warga Perak Darul Ridzuan atas kemangkatan Sultan Azlan Shah. Al-fatihah.


***


Perut lonjong saya dah masuk minggu yang ke-34 sekarang, rasanya macam lambat nah masa berjalan..kalau berlari mungkin cepat sikit kekdahnya. Kebelakangan ni perut lonjong dan tilam mendap tak memberikan kerjasama yang ikhlas sekali. Puas ku tidur duduk, bersandor, terlangkup, mengiring, tapi apekandayer mendap juga ku di atas tilam itu. Sungguh tak selesa rasanya macam anak burung dalam sarang. Dan kebelakangan ni juga saya selalu terjaga dalam pukul 3:15 - 3:30 pagi, awal 2 jam dari yang sepatutnya. Bila dah terjaga pagi-pagi rabun tu, mulalah rasa macam-macam, takut, seram, sedih, SUNYI! Yep...yang lain-lain tu boleh handle lagi, tapi tang rasa sunyi dan sepi tu mmg tak boleh blah. Ku rindukan sesuatu, tapi apekandayerku... Kikikikiiii... Saja nak feeling-feeling blues sikit mendung-mendung ni. Korang layan jelah mak lonjong ni tau.

***


KL dah berenti hujan tapi macam nak hujan balik. Kat sini takde pulak yang jual cekodoq ke pisang goreng ke keropok lekor ke... Ku rindu nak kudap-kudap petang-petang mendung-mendung cenggini. Mata ni pulak...



Bukan ku tak cuba untuk bertahan....


Telah ku cuba...


Terus mencuba...


Masih mencuba...


...



(ngaku kalah)



Sunday 18 May 2014

Tak Jadilah Jijah


Semalam sepatutnya temujanji dengan doktor untuk minggu  yang ke-32 akan tetapi doktor ada kes la pulok so klinik tutup awal... Tak gemor betullah. Tukar tarikh ke Sabtu depan. Dulu masa peknenkan Mincess bambam sekali je pernah jadi macamni, mungkin.... mungkinlah... mungkin dulu hospital tu tak ramai orang so kurang kes orang bersalin kat situ, kebelakangan ni ramai dah orang bersalin situ. Pergilah hari apapun, ramai je. Kalau google pun banyak je citer pengalaman orang bersalin kat situ. Ingat dapatlah tengok anak dara dalam perut lonjong ni semalam, sampai mimpi-mimpi...

Harini pulak ada orang teringin makan asam pedas daging tetel so ke pasau kajang ler kita. Tapi ai duduk diam-diam dalam kete je, orang ngidam yang kena berjalan beli. Asam pedas daging tetel orang kajang memang power hokeh! 2 kali tambah kaw-kaw nasi penuh kuah berladung makan tengahari tadi. Kalau dapek tolo dadau sekali lagi peeerrrggghhh!!! Kena pulak makan tadi dengan kicap ta alif mim ya mim, mak mertua duduk tepi katil pun ai lupa nak pelawa... kikikikiii... Dangdangdut, kenyang perut balik rumah sebab lom membasuh lagi, ni sambil-sambil updet blog, sambil melayan youtube, sambil lagi membasuh kain. Perut ni jangan ceritalah, lapo manjang. Lagi dekat nak bersalin, lagi memanggil-manggil selera ni.

Esok Mincess bambam periksa tengah tahun. Suruh membaca macam suruh kerjakan bendang, susah bebenor. Ugut kata nanti kena turun kelas pun dia hepi je, dia kata "itu je rezeki yang ada"...adeeeehhh... Molot tu kan macam popkon kat wayang kajang je. Ni dia sebok nak tengok despicable me dah dekat seminggu. Aku cakap nanti kalau tak tau jawab kertas soklan tu tulis je minion, lepas tu nnt cikgu rotan, rasakan... Geram betul!

Nak di jadikan cerita dua kali geram niari mana dengan Mincess bambam, mana dengan tenet yang super slow. Korang bayangkan tengah baaaaiiiik punya layan lagu-lagu rock jiwang, boleh pulak buffer... Potong stim betullah... Patut ke tak patut aku join Mincess bambam tengok movie? Popkon takde pulak...

Thursday 15 May 2014

Selamat Sudah

Bulan April lepas keluarga makpak aku menerima sorang lagi ahli baru dalam keluarga kecik-tak-kecik besor-tak-besor kitorang. Adik bongsu aku dah selamat jadi isteri suaminya. Jadi makpak aku ada sorang menantu kajang, dua orang menantus johor. Majlis dah berlansung selama dua hari, sabtu nikah, ahad majlisnya. Kena pulak masa kecoh-kecoh musim panas & takde air haritu. Tapi rumah makpak aku adalah air, cuma masyaAllah panasnya memang menduga betul. Peluh jangan ceritalah, boleh wat fruit koktel dah. Tapi alhamdulillah, ramai jemputan dapat datang, makanan pun takde yang bazir tak termakan, kek pon tak cair masa pengantin dok bergambar nak potong kek. Petang ahad tu pulak hujan kejap, jadilah kan dari takdek. Malamnya sumer orang tak bole tidur sebab rasa-rasa macam kena mild heat stroke je. Sakit-sakit badan, sampai aku rasa macam robot transformers je nak gerak sana-sini. Walau apa pun bersyukur ke hadrat ilahi sebab yang tua-tua je kena, budak-budak sumer rilek & sihat wal'afiat. Tapi yang pasti kitorang memang tak boleh tidur lena malam tu sebab bisa-bisa-sengal-sengal badan, tapi aku tak tau pulak pengantin tak lena tidur sebab apa.... wekekekekekeee...

Meh ar tengok kesedondonan mak dan akak-akak pengantin pompuan yang owes menten mabeles tapi taklah mabeles mana kan.

Kaler pilihan pengantin laki-pompuan, ungu-oren... Silau mata ku...


Garu Gary

Kat luar ni tengah hujan lebat dengan angin kencang. Sedang dalam dilema camane nak balik ni ada kawan plak offer nak belikan makanan sementara hujan-hujan ni. Cuma ada satu masalah je, janganlah dia sampai opis lepas aku balik, kempunan mak... Sebenornya aku nak kenalkan Gary kat korang. Tapi korang baca citer kelakar ni dulu. Aku kan memang teramat-amat-amatlah jarangnya dapat membonceng motor tau. Atuk aku takde motor, apak aku pon takde motor, aku pun takde abang. Aku cuma pernah naik motor masa aku kena denggi tahun 1996 dan pakcik aku hantar aku gi klinik naik motor. Aku tak tau nak pegang mana, tapi sebabkan takut jatuh aku pegang bahu dia. So sampai sekarang aku ni macam jakun dengan motor tau. Tengok orang naik motor macam teringin je. Nak di jadikan cerita bila cikebung ku kata nak beli motor sebab opis dia nak kena pindah ke Shah Alam tahun depan, aku pun macam melompat "yakyakyei" dengan perut lonjong ni. Mulalah berangan merempit zzzzuuuuusss ke sana, zzzzuuuuusss ke sini, dapatlah peluk-peluk loving-loving bagai. Puas cikebung ku pikir-pikir akhirnya dia beli skuter gedabak omakkaw kaler putih yang tak semena-mena dapat nama Gary tu. Sungguh lebau aku tengok b*nt*t Gary tu, macam cuak je nak melebor atas tu, tapi teringin kan..... Pembonceng pertama yang rasmikan b*nt*t lebau Gary opkos Mincess bambam. Dia lagi teruk dari maknya. Dah la kena k*ngk*ang besor-besor, kaki dia plak tak sampai ke bawah. Sepanjang apaknya bawak round-round kat parking rumah tu dia dok menjerit nak turun je. Rasakan ko... Pada satu tengahari tu cikebung ajak aku gi maybank jap naik Gary. Berkobar-kobar naluri kegatalan ku ini mengangguk-angguk tanda gembira. Dah siap pakai helmet yang masih tebal spannya, aku pun pegang bahu cikebung nak panjat motor. Sekalinya, Ya Allah tingginya motor ni aku khabor dalam hati. Bila dah berjaya panjat nak duduk pulak "addduuuhhmmmaakkk", lebaunya seat dia. Boleh bayangkan tak macam orang bodoh je aku rasa masa tuh. Mana celah k*ngk*ang sakit, tak boleh duduk rapat-rapat dengan cikebung pulak sebab perut lonjong ni. Tapi opkos menten mabeles macam biasakan, aku cuba senyum pergi & balik maybank walau dalam hati menyumpah-nyumpah kenapalah lambat nah sampai rumah. Turun motor aku rasa aku jalan macam mak kingkong je... Rasakan! So sekarang bila cikebung tanya nak naik motor lagi tak? Ku jawab "bukan sekaranglah, tunggu lepas beranak!"... Sebenornya nak jawab "oh titak!" tapi saki-baki naluri kegatalan merempit tu masih ada jadi ku pendamkan aje... Hahahaha.... Gelaklah!

Meh  berkenalan dengan Gary a.k.a. Siput Gondang

Jangan percaya kat dia, nampak je slim tapi boleh terseksa membonceng dia tu...

Al-Kisahnya

Salam May 2014. Salam pertengahan tahun. Salam bersalaman.
Segala puji bagi Allah swt, tuhan semesta alam. Berjumpa lagi kali ini kita ye anak-anak, dalam rancangan "manakaupergilamanahtakupdetblog". Bersiaran kita di pagi yang mulia ini bagi menceritakan cerita-cerita yang tertunda begitu lama sekali, sehingga separuh dari ingatan, kenangan dan memori hampir hilang di sebabkan faktor usia.
Cerita yang tidak asing lagi seperti kebiasaannya mengenai tuan puteri bambam, MiaLila yang dah  pun darjah 1. Kerana sekarang tuan puteri bambam dah dekat setengah tahun darjah 1 baru maknya nak cerita, maka akan banyaklah cerita-cerita yang akan di pendekkan bagi mengelak akan kecederaan berlaku pada jari maknya yang menaip ini. Pelbagai kisah suka dan duka sepanjang setengah tahun bergelar mak pada tuan puteri bambam yang dah sekolah "betul-betul" ni. Mula-mula sekolah, homeworks cepat je buat. Tak dan-dan tukar baju dah bukak buku nak siapkan. Sekarang?!... Adeeeeeehhh... Sampai-sampai je nak tukar baju dulu, nak makan dulu, nak pergi tandas dulu, nak tengok tv dulu, nak tido dulu, semua nak dulu kecuali homeworks. Tiap-tiap malam maknya berlatih vokal tau. Nasib jiran tetangga takde yang baru beranak, kalau tak mau dapat memo soh senyap sikit. Dah setengah tahun nak oiiii...awatlah malas benor!
Maknya pulak sekarang tahap kemengahan melampau-lampau. Kalau boleh dari pintu rumah nak ke lif yang kat tengah-tengah blok pun nak tahan teksi. Punya semput nak menghayun kaki membawa perut yang dengan jayanya maju ke depan. Tapi masa makan tak mengah pulak, tertib je bernafas. InshaAllah, takde aral dan jika izinkan Allah swt, pada bulan Julai nanti bertambahlah koleksi keluarga Incik Bos. Doakan yang baik-baik ye buat kami.
Apaknya sekarang ni dah ada baby Gary a.k.a. siput gondang. Mula-mula apaknya beli baby Gary, si kodoq hijau merajuk. Koyaklah poket apaknya nak pujuk kodoq hijau. Sekarang dah nampak kodoq hijau dengan Gary dah boleh terima satu sama lain, ala-ala sepakat membawa berkat. Berkatnya ada baby Gary ni, sekarang apaknya nak kemana-mana dia bawak baby Gary, aku plak dah boleh panjangkan kaki dgn anak(-anak) bawak kodoq hijau merayap.
Apa lagi ek 2014 ni? Setakat bulan Mei ni tu je kot cerita yang dah dipendekkan. Tunggulah lagi 5 bulan baru updet kot?! Takpun jumpa nanti tahun 2015... Al-kisah...